UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Rabaah Abdullah
12014
thesis
Penglibatan mahasiswa dalam reformasi politik Thailand, 1970-1990-an
Rabaah Abdullah
Kajian ini membincangkan penglibatan mahasiswa dalam reformasi politik Thailand dari 1970 hingga 1990-an yang telah memberi impak yang besar terhadap politik dan rakyat Thailand. Fokus utama kajian menjurus kepada peranan yang dimainkan oleh aktivis mahasiswa 1970-an khususnya dari Universiti Thammasat, Universiti Chulalongkorn serta Persatuan National Student Center of Thailand (NSCT) dalam usaha membentuk politik yang lebih demokratik di Thailand. Perbincangan berkisar kepada faktor-faktor yang mendorong keterlibatan mahasiswa dalam aktivitiaktiviti yang berunsurkan politik dan sosial serta kesannya kepada kesedaran politik dalam kalangan masyarakat umum. Sclain itu, pengaruh dan kerjasama aktivis mahasiswa dalarn Pertubuhan Bukan Kerajaan termasuk kesatuan-kesatuan buruh dan petani turut dibcri tumpuan. Kajian ini juga memberi penekanan kepada insiden 14 Oktober 1973, 6 Oktober 1976 dan Mei 1992 yang memperlihatkan keterlibatan mahasiswa secara langsung dalam reformasi politik di Th.....

994 hits

22016
article
Perubahan perlembagaan Thailand dan kesannya terhadap sosiopolitik masyarakat
Abdullah Rabaah,
Artikel ini menfokuskan tentang perkembangan di Thailand khususnya berkaitan dengan perubahan perlembagaan dan kesannya ke atas masyarakat. Thailand merupakan antara negara yang memiliki paling banyak versi perlembagaan khususnya di rantau Asia Tenggara ini. Perlembagaan Thailand boleh dikategorikan kepada empat versi iaitu pertama(versi ahli politik), kedua (versi tentera), ketiga (versi pra-1972) dan keempat (versi 1997 dinamakan versi Diraja).Kesemua versi perlembagaan ini mengandungi akta yang menyentuh tentang kebebasan dan hak masyarakat Thailand.Kebebasan dan hak masyarakat yang diperkatakan di sini adalah merujuk kepada perubahan yang berkaitan dengan hak sosial masyarakat seperti kebajikan, amalan dan kepercayaan beragama serta hak berpolitik seperti menubuhkan parti, persatuan, dan keterlibatan sebagai anggota kabinet. Secara umumnya, amalan prinsip demokrasi dan keadilan sosial hampir tidak diamalkan secara berkesan terutamanya ketika Thailand berada di bawah pemerintahan te.....

464 hits

32021
article
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam subjek tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada abad ke-19”
Rabaah Abdullah
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemahaman pelajar dalam subjek tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada abad ke-19” berasaskan penggunaan video, artikel dan slaid PowerPoint. Kajian ini juga bertujuan melihat impak BBM yang dinyatakan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan persepsi. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dilaksanakan kepada pelajar selama 14 minggu. Kajian ini menggunakan kaedah campuran dengan menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Pelaksanaan kajian adalah menggunakan instrumen pemerhatian dan soal selidik. Kutipan data soal selidik dianalisis dengan menggunakan SPSS statistik versi 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar melalui ketiga-tiga penggunaan BBM yang dinyatakan. BBM juga mempunyai impak persepsi pelajar dalam mempelajari subjek tersebut. Kesimpulannya, pengunaan BBM yang berasaskan video, artikel dan slaid PowerPoint dapat menarik minat dan perhatian pelajar serta dapat .....

367 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.