UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Rafidah Abdullah
1
Abstract
Kajian   ini   bertujuan   untuk   menjawab   beberapa   persoalan   berkaitan   tradisi pengebumian klirieng sebagai amalan pengebumian sekunder masyarakat Tatau di Tatau, Sarawak. Fokus  kajian merangkumi sejarah asal-usul orang Tatau, kepercayaan yang diamalkan, kaedah pembuatan  klirieng, fungsi dan analisis perlambangan di sebalik motif dan ukiran yang terdapat di bahagian  permukaan klirieng. Kajian ini juga melihat hubungan antara masyarakat Tatau dengan klirieng  melalui hubungan spiritual iaitu klirieng sebagai perlambangan kepada aspek cara fikir dan falsafah  masyarakat Tatau. Kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan etnoarkeologi iaitu cabang kepada  ilmu arkeologi digunakan untuk mendapatkan dan menganalisis data yang diperolehi. Tiga pendekatan  yang dimaksudkan ialah pemerhatian di lapangan terhadap objek klirieng dan tapak pengebumian,  temubual terhadap individu berautoriti seperti ketua adat, ketua rumah panjang dan juga penelit.....
Thesis Published 2017 4156 hits Available
2
Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai sejarah tradisi Wangkang di Melaka dari tahun 1856 hingga 2020. Tradisi Wangkang ini dilihat seolah-olah berdepan dengan masa depan yang gelap melalui pelbagai cabaran dalam memastikannya terus kekal relevan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini membincangkan kaedah mempertahankan tradisi ini dalam masyarakat Hokkien serta faktor yang mempengaruhi kesinambungannya dari aspek sejarah, simbolisme dan adaptasinya terhadap perubahan zaman. Fokus kajian merangkumi sejarah asal-usul masyarakat Hokkien, pantang larang dan kepercayaan, kaedah pembuatan, fungsi dan analisis terhadap cabaran dan perubahan dalam upacara Wangkang. Kaedah penyelidikan sejarah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat yang diperolehi. Kaedah tersebut merangkumi analisis terhadap dokumen arkib berupa laporan rasmi, akhbar dan majalah serta penelitian terhadap sumber sekunder yang disimpan di tokong dan perpustakaan. Pemerhatian lapangan dan temubual responden juga dilaksanak.....
Thesis Published 2025 118 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.