UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Raja Farah Raja Hadayadanin |
1 | 2023 Article | Femme Fatale: representasi antagonis Wanita dalam Filem Bollywood arahan Vikram Bhatt Raja Farah Raja Hadayadanin Kewujudan figura femme fatale telah lama dikenal pasti dalam cabang ilmu seperti karya sastera, mitos dan lukisan sejak kurun ke-19. Namun kemunculannya dalam filem hanya bermula pada sekitar 1940-an iaitu dalam filem-filem klasik noir Hollywood. Watak ini kerap dipaparkan dengan membawa imej penggoda yang mampu melakukan apa saja untuk mencapai keinginannya. Feminis filem bangkit melontarkan kritikan tentang sinema yang bersifat patriarki apabila ianya didominasi oleh lelaki, manakala wanita hanyalah sebagai objek tumpuan “male gaze.” Kekerapan munculnya femme fatale dalam filem-filem Hollywood turut menarik perhatian industri filem Bollywood apabila femme fatale mula menghiasi filem-filem mereka pada lewat tahun 1990-an. Vikram Bhatt merupakan antara pengarah Bollywood yang menjadikan femme fatale dan genre thriller sebagai satu kombinasi dalam filem-filem beliau berpaksikan budaya masyarakat di India. Artikel ini membincangkan isu-isu patriarki dan penentangan feminis terhadap s..... 101 hits |