UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Raja Nor Azura Raja Ismail
12021
thesis
Falsafah tradisional Vietnam dalam perjuangan kemerdekaan Ho Chi Minh 1954-1969
Raja Nor Azura Raja Ismail
Kajian ini bertujuan untuk menilai kepentingan falsafah tradisional Vietnam dalam perjuangan kemerdekaan Ho Chi Minh menentang Perancis. Ia memfokuskan tentang sumbangan falsafah tradisional Vietnam dalam menjayakan usaha perjuangan kemerdekaan pimpinan Ho Chi Minh 1954-1969. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah yang bersifat kualitatif. Metodologi sejarah terdiri daripada empat elemen utama iaitu heuristik, kritikan sumber, pentafsiran dan penulisan sejarah. Proses heuristik yang utama dalam kajian ini adalah mengunakan kaedah kepustakaan, iaitu kajian terhadap sumber bertulis. Sumber bertulis yang digunakan ialah sumber primer dan sekunder. Sumber primer terdiri daripada dokumen tentang idea perjuangan Ho Chi Minh dan falsafah tradisional Vietnam. Ia termasuk teks ucapan dan ceramah, naskah puisi Nguyen Trai dan akhbar. Sumber kedua pula daripada jurnal, buku, majalah dan tesis yang tidak diterbitkan. Bahan yang diperolehi seterusnya dinilai dari segi kesahihan dan k.....

984 hits

22021
article
Peranan Nguyen Trai dalam perjuangan pembebasan politik dan masyarakat Vietnam
Raja Nor Azura Raja Ismail
Artikel ini memfokuskan tentang kehebatan tokoh intelektual Vietnam Nguyen Trai (1380-1442) dalam menyebarkan falsafah pembebasan semasa pencerobohan Dinasti Ming ke atas Vietnam. Perbincangan artikel ini berkisar tentang latar belakang Nguyen Trai dan sumbangannya terhadap pembebasan Vietnam menentang Dinasti Ming. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan meneliti sumber primer hasil karya Nguyen Trai seperti Proclamation of Victory: Translation and Annotations of a Fifteenth Century Vietanmese Document, Beyond the Court Gate: Selected Poems of Nguyen Trai dan The Complete History of Dai Viet. Di samping itu, kajian ini juga meneliti sumber sekunder berupa buku dan jurnal. Hasil kajian mendapati penglibatan Nguyen Trai dalam pentadbiran Vietnam bermula pada tahun 1406 ketika ayahnya Nguyen Phi Khanh ditangkap oleh Dinasti Ming. Oleh itu Nguyen Trai mula menyimpan dendam untuk mengusir Dinasti Ming dari Vietnam dan seterusnya memberikan kedamaian kepada Vietnam. Nguyen Trai sete.....

291 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.