AbstractKajian ini meneliti secara mendalam perkembangan perkhidmatan kesihatan di daerah Hilir Perak semasa era pentadbiran kolonial British antara tahun 1900 hingga 1957. Tujuan utama penyelidikan ini adalah mengkaji sejarah dan latar belakang masyarakat Hilir Perak, menganalisis perkembangan kemudahan kesihatan moden, memahami peranan pentadbir kolonial dalam menangani isu kesihatan, serta menilai kesan perkhidmatan kesihatan terhadap kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumen rasmi, rekod pentadbiran kolonial, laporan tahunan kerajaan negeri, serta sumber-sumber arkib dan kajian terdahulu. Kajian mendapati bahawa sebelum kedatangan kolonial British, masyarakat di Hilir Perak mengamalkan rawatan tradisional menggunakan herba dan khidmat bomoh atau pawang. Namun, dengan perluasan kegiatan ekonomi, kemasukan tenaga buruh asing dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga, penyakit berjangkit seperti malaria, kolera, .....