UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 4
Simplified search suggestions : Ramli Zuraini
12016
article
Kepelbagaian modaliti dalam pengajaran dan pembelajaran dwibahasa
Ramli Zuraini,
Pengajaran dan pembelajaran secara dwibahasa merupakan satu proses yang kompleks. Selain menggunakan lebih daripada satu bahasa (lisan dan penulisan), proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat lari daripada melibatkan kepelbagaian modaliti seperti gerak isyarat, jadual, rajah, dan model tiga dimensi. Kajian ini melihat bagaimana bahasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains secara dwibahasa, iaitu yang menggunakan bahasa Inggeris (bahasa pengantar) dan bahasa Melayu (bahasa kebangsaan). Fokus kajian adalah peranan kepelbagaian modaliti dalam membantu pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Data diperoleh daripada rakaman video pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, berserta temu bual dengan guru dan murid, serta pemerhatian di dalam kelas. Data dianalisis menggunakan pakej perisian Transana, khususnya untuk menjana dan meneliti prosedur pengekodan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian modaliti memainkan peranan yang pe.....

1091 hits

22009
monograph
Amalan kesantunan berbahasa di sekolah
Ramli Zuraini, Janan Dahlia, Mohamed Redzwan Husna Faredza, Bahari Khairul Azam,
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenali bentuk dan amalan kesantunan berbahasa di sekolah. Dalam kajian ini, bentuk dan amalan kesantunan berbahasa di sekolah dilihat dari tiga aspek, iaitu aspek sosiolinguistik, pragmatik dan bahan bertulis, iaitu dokumen dan surat-menyurat. Sebanyak enam buah sekolah di sekitar negeri Perak dipilih untuk mendapatkan data yang berbentuk rakaman, pemerhatian, temu bual dan dokumen. Data-data yang dikutip melibatkan semua golongan yang berada di sekolah, iaitu pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan. Hasil dapatan kajian ini menyenaraikan bentuk amalan kesantunan berbahasa yang menjadi amalan di sekolah. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kesantunan berbahasa masih menjadi amalan di sekolah namun ia berada pada tahap yang sederhana dan masih boleh diperbaiki dari masa ke masa. Oleh itu, dicadangkan agar kajian susulan dilakukan untuk mencari atau membina strategi atau kaedah yang dapat mempertingkatkan amalan kesantun.....

3682 hits

32014
thesis
Teaching and learning mathematics and science in a second or third language
Zuraini Ramli
Teaching and learning in a second or a third language is not an easy task. Literatures have indicated that teachers and students involved have to struggle in order to cope with a language policy that requires them to teach or learn in an unfamiliar language. There is no doubt that in the learning process, language is the most powerful tool to deliver knowledge and skills. It becomes more difficult for learning to occur effectively if the language of instruction becomes a barrier to the learners. This study focuses on the teaching and learning of mathematics and science in English in Malaysia, where English is a second or a third language to both teachers and students. The main aim of this research is to investigate how languages are used in mathematics and science classes taught in a second or third language, and to understand how these are supported with multimodal resources. This study employed qualitative methods, involving a multiple case study and interpretive research paradigm. A.....

863 hits

42019
article
Pendidikan dwibahasa di Malaysia: upaya Bahasa Melayu
Zuraini Ramli
Keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah terbukti sejak sekian lama dan tidak perlu diragui lagi. Makalah ini meneliti peranan dan kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, pada ketika Malaysia melaksanakan dasar bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Kajian dijalankan secara kualitatif di dua buah sekolah menengah di negeri Melaka, melibatkan kaedah rakaman video dalam kelas, temu bual separa berstruktur dengan guru dan kumpulan pelajar terpilih, serta pemerhatian dalam kelas. Data dianalisis menggunakan perisian penganalisis kualitatif data Transana, melalui prosedur pengekodan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu digunakan dalam majoriti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirakam, melibatkan interaksi formal dan tidak formal guru dan pelajar. Bahasa Inggeris pula, hanya digunakan dalam perbualan formal, apabila disertai oleh bahan-bahan sokongan seperti buku teks, video, dan nota di papan putih sahaja. Ke.....

565 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.