AbstractKajian ini bertujuan mengenalpasti unsur protes sosial yang terdapat dalam cerpen-cerpen terbitan akhbar Tamil Nesan dalam tempoh 2005-2010. Kajian ini mengenengahkan isu-isu sosial yang menjadi penghalang kepada pembangunan masyarakat serta cabaran yang dilalui ketika itu dalam mendepani arus perdana pembangunan negara. Kaedah kualitatif, iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori sosiologi sastera. Kajian meliputi 40 buah cerpen terpilih dari akhbar Tamil Nesan, dapatan kajian menunjukkan bahawa para cerpenis telah menggunakan kepincangan masyarakat yang dapat dikategorikan kepada 15 tema sebagai protes sosial rakyat. Keadaan daif dan kepincangan yang wujud dalam masyarakat ditonjolkan melalui tema seperti penceraian, penyalahgunaan dadah, tanggungjawab anak, kehidupan yang tidak tentu hala, maruah keluarga, tali persaudaraan, kemandulan, pengorbanan isteri, feminisme, kecurangan suami atau isteri, disiplin pelajar, kasta, keganasan remaja dan pembuangan bayi. Isu-isu eko.....