UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Raymond Raimi Rowdella
1
Abstract
Masyarakat Kadazandusun sangat kaya dengan unsur dan nilai sastera yang mencakupi puisi, prosa tradisional, adat resam, kebudayaan dan banyak lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tema dan fungsi peribahasa masyarakat Kadazandusun sebagai lambang cerminan budayanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan Teori Budaya dan gagasan Za’ba. Penyelidikan ini menjelaskan secara terperinci jenis-jenis peribahasa, tema dan fungsi peribahasa serta menghuraikan hubungan peribahasa dengan budaya. Justeru, usaha penyelidikan peribahasa sebagai sebahagian khazanah budaya masyarakat Kadazandusun dapat membentuk jati diri mahupun didikan sebagai moraliti masyarakat. Peribahasa turut mengajar nilai hidup bermasyarakat dan membentuk masyarakat yang beradab sopan serta sebagai alat didaktik untuk memperluas pengetahuan bahasa. Oleh itu, hasil daripada kajian ini mendapati bahawa peribahasa dapat dibahagi kepada empat jenis iaitu simpulan bahasa, perum.....
Thesis Published 2017 1896 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.