UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 5
Simplified search suggestions : Ridzuan Hussin
12009
thesis
Perisian kursus multimedia mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi topik logo (APH-Pensil)
Ridzuan Hussin
Tujuan penyelidikan ini ialah untuk membangunkan dan menguji sebuah Perisian Kursus Multimedia untuk Pendidikan Seni Visual (APH-Pensil), berasaskan teori Asas Seni Reka. Pembangunan perisian kursus tersebut adalah berdasarkan metodologi kitar hayat pembangunan yang bergelar KHAPH-Pensil. Kaedah pembangunan tersebut merangkumi lima fasa seperti: Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Implimentasi dan Penilaian. Fasa-fasa tersebut diintegrasikan dengan pelbagai entiti yang berkaitan khusus dengan teori Asas Seni Reka. Penekanan perisian ini ialah terhadap salah satu topik dalam pendidikan seni visual (PSV), iaitu logo, bagi pelajar Tingkatan empat. Pendekatan Kognitivisme-Konstruktivisrne diaplikasikan berdasarkan pelbagai teknik seperti: teknik Gestalt, pengecaman corak, dan scaffolding. Peri sian ini memuatkan enam modul. Modul Unsur Seni membantu pelajar memperolehi kemahiran membentuk garisan, ruang dan wama; modul Prinsip Rekaan pula, membantu pelajar memperoleh kemahiran mengenalpast.....

1448 hits

22016
article
Geometric in Islamic art and design: infinite point or creativity through compass and digital
Hussin Ridzuan, Mokhtar Asmahan, Jantan Ramlan,
The creativity of earlier artists and sculptors in designing geometric are extraordinary provided with only a compass. Indeed, geometric in Islamic art and design are unique and have their own aesthetic values. In order to further understand geometric, self-learning with the approach of hands-on would be appropriate. For this study, Islamic themed geometrics designed and created, concerning only; i). The Square Repetition Unit and √2, ii). The Hexagonal Repetition Unit and √3 and iii) Double Hexagon. The aim of this research is to evaluate the creativity of Islamic geometric patterns artworks, through Fundamental Arts and Gestalt theory. Data was collected using specific tasks, and this research intends to identify the difference of Islamic geometric between 21 conventional (compass) untitled selected geometric artworks and 25 digital untitled geometric pattern artworks method. The evaluation of creativity, colors, layout, pattern and unity is known to be of utmost importance, alth.....

1670 hits

32016
article
Keberkesanan persekitaran, imej dan huruf dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah
Hussin Ridzuan, Ahmad Kamel Suraya, Mokhtar Asmahan,
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan persekitaran, imej dan huruf dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini melibatkan responden seramai 20 orang kanak-kanak daripada Prasekolah Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah, Perak. Metodologi kajian yang digunakan meliputi kajian kepustakaan dan melibatkan kaedah soal selidik tugasan sebagai alat pengukur. Hasil dapatan kajian mendapati imej dan huruf yang digunakan di prasekolah adalah signifikan dengan pengetahuan dan tahap kecerdasan kanak-kanak. Manakala, pengaruh persekitaran memainkan peranan penting dalam proses memahami imej dan huruf bagi kanak-kanak. Penggunaan imej dan huruf juga mampu meningkatkan minat dan menarik perhatian kanak-kanak di dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min pada tahap yang tinggi, di mana min Pengaruh Persekitaran dalam proses memahami imej dan huruf (M = 3.996 ± 0.286), min Penggunaan Imej & Huruf yang digunakan (M = 3.600 ± 0.265), dan mi.....

1873 hits

42017
article
Seni Kaligrafi (Khat) di mihrab masjid-masjid negeri Malaysia dan hubungannya dengan seni visual
Hussin Ridzuan, Mokhtar Asmahan, Abdul Jabbar Abdul Razak,
775 hits

52019
article
Kewajaran penerapan identiti budaya tempatan dalam mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa sekitar Lembah Klang
Ridzuan Hussin
Secara khususnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa, menganalisa minat sedia ada murid-murid terhadap identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni, dan menilai faktor-faktor yang menyumbang dalam penerapan identiti budaya tempatan. Oleh itu sebuah modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk guru seni di sekolah antarabangsa akan dihasilkan. Kaedah yang digunakan kualitatif. Kaedah pengumpulan data adalah secara pemerhatian, temu bual, tugasan; serta soal selidik untuk menyokong hasil dapatan. Sampel terdiri daripada 17 orang murid Tahun 5 yang bersekolah di ITQAN Integrated School yang mempelajari mata pelajaran seni di sekolah tersebut dan merupakan. murid-murid tempatan, manakala reponden temubual adalah guru-guru seni sekolah tersebut serta beberapa orang murid Tahun 5. Bagi mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan, berd.....

620 hits

Filter
thesis ... (1)
article ... (14)
monograph ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Ridzuan +Hussin




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.