UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Rohaizah Ab Karim |
1 | 2014 thesis | Analisis wacana ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda negara Rohaizah Ab Karim Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada k..... 1366 hits |