UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Rohaizah Ab Karim
1
Abstract
Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada k.....
Thesis Published 2014 2613 hits Available
2
Abstract
Kata adverba merupakan golongan kata yang baharu dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan pola kehadiran kata adverba, selain mencari kata adverba lain yang tidak tersenarai dalam 31 jenis kata adverba jati yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan. Dengan menggunakan data korpus berkomputer yang terdiri daripada akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia, kajian ini akan menghuraikan kehadiran kata adverba. Hasil analisis mendapati bahawa kata adverba boleh menjadi penerang kepada kata nama/frasa nama, kata kerja/frasa kerja, kata adjektif/ frasa adjektif, dan frasa sendi nama sama ada penerang hadapan atau penerang belakang. Kajian ini juga menemui beberapa kata adverba jati yang tidak disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan yang menunjukkan kesuburan kata adverba itu dalam bahasa Melayu. Kata kunci kata adverba; data korpus..
Article Published 2014 6 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.