|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Rohani Hashim |
| 1 | 2022 Thesis | Pembinaan aplikasi mudah alih ARcell bagi tajuk struktur sel dan organel untuk Biologi tingkatan 6 Rohani Hashim Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasi
mudah alih augmentasi realiti bagi topik Struktur Sel dan Organel yang dinamakan
sebagai ARcell. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian pembangunan.
Pembangunan aplikasi mudah alih ARcell ini adalah berdasarkan Model ADDIE
dengan integrasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teori Pembelajaran
Kognitif Multimedia Mayer. Kesahan aplikasi mudah alih ARcell ditentukan oleh
pakar manakala kebolehpercayaan ditentukan berdasarkan kajian rintis.
Kebolehgunaan aplikasi mudah alih ARcell ini ditentukan melalui perspektif 101
pelajar tingkatan enam yang dipilih secara rawak dari tiga sekolah berbeza di
Melaka. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian
menunjukkan bahawa aplikasi mudah alih ARcell mempunyai kesahan yang baik
dari aspek isi kandungan (S-CVI=1.00), aspek teknikal (S-CVI=0.97) dan juga
mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Alpha Cronbach 0.94..... 2003 hits |
| 2 | 2015 Article | Pelaksanaan aktiviti keagamaan dan hubungannya dengan penghayatan kerohanian anggota tentera Malaysia Bujai Mohd Rashidi, Hashim Azmil, Kertas kerja ini adalah untuk meninjau peranan dan sumbangan aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Insitut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) dalam menjana kekuatan tempur anggota tentera (Spiritual Combat Power). Aktiviti keagamaan merupakan salah satu elemen pendidikan yang digunakan di ILMI yang diadaptasi daripada Tarbiyyah Askariyyah Khalid Shantut (2003). Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mencari maklumat tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam ILMI dalam membentuk keperibadian dan rohani anggota sepanjang kursus dilaksanakan. Maklumat diperoleh adalah melalui soalan soal selidik yang diedarkan kepada pelatih-pelatih yang telah menghadiri kursus di ILMI. Pelatih—pelatih dikehendaki memberi respon terhadap 127 item yang berkaitan penilaian input, proses dan produk yang diadaptasi daripada model CIPP. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai bertujuan untuk melaporkan..... 1694 hits |