AbstractPenelitian makalah ini bertujuan untuk mendeskripsi pengaruh wacana bangsa terjajah dengan bangsa penjajah dalam konteks Pascakolonial. Sumber data daripada penelitian ini adalah model Sastera Kebangsaan dalam wacana pascakolonial di Malaysia dengan merujuk kepada model yang diuar-uarkan oleh Ashcroft. Empat buah model yang dikemukakan Ashcroft melalui pendekatan teoritis beliau ialah, Model Kebangsaan Serantau, Model Berasaskan Bangsa, Model Perbandingan dan Model Ketegangan antara yang dijajah dengan yang terjajah dibincangkan dalam makalah ini. Berdasarkan keempat-empat model yang tertera ini, Model Kebangsaan merupakan model yang dibincangkan dalam makalah ini kerana model ini memperlihatkan ciri budaya dan bahasa menjadi alat dominan. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi atau alat untuk berkomunikasi, dalam erti kata lain, bahasa merupakan alat untuk menyampaikan fikiran, gagasan, konsep atau perasaan. Di Malaysia sebagai sebuah negara pascakolonial bahasa senjata pengarang mente.....