UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Rosiah Md Noor
12019
article
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Rosiah Md Noor
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian berbanding seni catan dalam perkembangan seni moden Malaysia sejak tahun 1930-an. Kemunculan trend pluralis sekitar tahun 1990-an, telah memperlihatkan kepelbagaian media dan teknik diaplikasikan dalam karya seni visual yang secara tidak langsung meminggirkan lagi kedudukkan seni cetak sebagai satu bentuk disiplin dalam seni halus. Pameran yang khusus tentang seni cetak, dapat dijadikan sebagai salah satu mekanisme untuk mengukur penglibatan artis seni visual dan melihat perkembangan karya seni cetak itu sendiri dalam perkembangan seni tempatan. Menerusi pemerhatian umum, pameran bertema seni cetak telah kerap diadakan secara berkumpulan sejak kebelakangan ini. Oleh itu, penulisan ini bertujuan meninjau perkembangan seni cetak oleh artis-artis seni visual Malaysia menerusi pameran berkumpulan yang telah berl.....

663 hits

22020
thesis
Kesatuan Organik dalam pengkaryaan seni rupa kontemporari berasaskan seni cetak di Malaysia
Rosiah Md Noor
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji Kesatuan Organik iaitu subjek, bentuk dan makna karya berasaskan seni cetak oleh artis-artis seni rupa kontemporari Malaysia. Perkara ini bagi menjelaskan hubungan subjek, bentuk dan makna terhadap tindakan di luar batas disiplin konvensional seni cetak. Peranan media dan teknik seni cetak yang dianggap kurang penting dalam membentuk seni kontemporari abad ke-21 di Malaysia adalah isu utama kajian. Teori bentuk dan makna melalui model Kesatuan Organik dijadikan rujukan dalam membentuk kerangka konseptual. Kajian Kes dan Analisis Kandungan digunakan sebagai kaedah reka bentuk penyelidikan menerusi pendekatan kualitatif. Kajian Kes Pelbagai digunakan dalam pengumpulan data kerana artis-artis kontemporari mempunyai perbezaan latarbelakang dan penghasilan karya. Lima orang artis dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan, mudah dan pertimbangan. Data diperolehi menerusi teknik penelitian dokumen, pemerhatian visual dan temubual sebagai strategi triangu.....

772 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.