AbstractTesis ini merupakan kajian tentang Keganasan Komunis dan Kesannya Pada Zaman Darurat 1948-1960 Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan sebuah daerah yang menjadi tumpuan komunis ketika zaman darurat. Komunis menjadikan estet-estet di Hulu Langat sebagai tempat gerakan serangan mereka terhadap kerajaan British. Komunis melakukan pelbagai bentuk keganasan dan kekejaman yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat dalam usaha melakukan kekacauan dan menimbulkan suasana yang tidak aman serta melemahkan kedudukan ekonomi British di Hulu Langat. Pengkajian dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh manakah ancaman keganasan yang bersifat tidak kolektif dan kesan daripada keganasan yang bersifat tidak kolektif ini terhadap penduduk Hulu Langat pada zaman Darurat. Pengkajian juga membincangkan faktor-faktor kepimpinan, aset persenjataan, kekuatan keanggotan dan reaksi pihak kerajaan yang menyumbang kepada keganasan yang dilakukan di Hulu Langat. Kajian ini men.....