UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Roslina Abu Bakar
1
Abstract
Objek penelitian ini mengenai kehidupan masyarakat seisi rimba menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat Pelanduk Jenaka membawa pelbagai penyelesaian masalah yang berupaya mempengaruhi pembangunan jasmani, emosi, intelek dan sahsiah golongan kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat sesuai dijadikan medium pengajaran kepada kanak-kanak pra sekolah mahupun remaja awal. Perwatakan yang dibawakan oleh watak-watak binatang menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka turut menghubungkan dengan kecerdasan pelbagai yang berupaya membina pengetahuan dan maklumat awal pada peringkat awal pembelajaran kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat bersesuaian untuk digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal untuk memperkembangkan kecerdasan yang merupakan keupayaan semulajadi yang dimiliki oleh mereka. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan berfokus kepada teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1983; 1993). Naratif Hikayat Pelandu.....
Article Published 2018 621 hits Available
2
Abstract
Artikel ini menumpukan penelitian terhadap cerita-cerita rakyat Melayu yang diperoleh menerusi penglipur lara negeri Johor iaitu Penglipur lara Ali Badron bin Haji Sabor. Fokus penulisan artikel ini adalah berkaitan dengan world-view dan sistem politik masyarakat Melayu. Keseluruhan penelitian ini bersandar kepada aspek worldview yang merupakan kesatuan kepada tradisi nilai dan budaya bagi sesebuah masyarakat. Ia dikenal pasti menerusi perlakuan individu atau ahli masyarakatnya yang digambarkan menerusi watak dan perwatakan dalam cerita rakyat Melayu. Penulisan ini turut merungkai world-view dan sistem politik masyarakat Melayu yang menjurus kepada penjelasan mengenai stratifikasi tertinggi iaitu raja. Raja adalah ketua yang memerintah sesebuah negeri atau negara, diikuti oleh para pembesar yang membantu raja mentadbir negeri atau negara, manakala rakyat jelata pula merupakan paling rendah kedudukannya dalam hierarki sosial. Penulisan artikel ini diharapkan dapat memaparkan hubung kait.....
Article Published 2013 7 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.