UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Rosmah Derak |
1 | 2020 article | Pemikiran dalam novel-Drama Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani Rosmah Derak Novel-drama Bila Tuhan Berbicara (BTB) karya Faisal Tehrani telah diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings pada tahun 2007. Novel ini sangat unik kerana menggabungkan dua genre iaitu novel dan drama yang dikenali sebagai novel-drama. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemikiran yang terdapat dalam novel-drama ini. Kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Justeru, pembacaan rapi atau pembacaan secara mendalam digunakan untuk mengesan pemikiran dan seterusnya menganalisis pemikiran yang terdapat di dalam novel-drama BTB. Hasil kajian mendapati, Faisal Tehrani telah menonjolkan pemikiran yang berkaitan dengan pementasan drama atau teater Islam, pemikiran keagamaan, pemikiran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, pemikiran tentang ilmu perubatan serta pemikiran yang berkaitan dengan politik. Berdasarkan kepada pemikiran ini menunjukkan bahawa novel-drama ini membawa wacana penting terutama yang berkaitan dengan penghasilan teater..... 552 hits |
2 | 2021 article | Impak pandemik COVID-19 dalam penulisan puisi di Malaysia Rosmah Derak Saranan daripada kerajaan untuk sentiasa kekal berada di rumah (Just stay at home) bagi mengekang penularan jangkitan pandemik COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan menjadi satu titik tolak kepada lahirnya karyakarya sastera khususnya puisi tentang COVID-19 di Malaysia. Puisi-puisi ini bukan sahaja ditulis oleh golongan pengarang yang berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tetapi juga ditulis oleh golongan masyarakat yang cukup terkesan dengan pandemik ini. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu tentang pandemik COVID-19 dan menganalisis impak pandemik ini terhadap kehidupan manusia sebagaimana yang tergambar dalam kumpulan puisi atau antologi puisi tentang COVID-19 yang terbit pada tahun 2020. Kajian ini ialah kajian kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan, analisis kandungan dan analisis deskriptif terhadap kumpulan puisi/antologi puisi tentang COVID-19. Hasil kajian mendapati, isu-isu tentang COVID-19 telah mendapat tempat dalam kalangan penyair dan masya..... 282 hits |
3 | 2023 article | Manifestasi alam sekitar dalam tiga karya Faisal Tehrani perspektif Ekologi Sastera Rosmah Derak Karya sastera mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan alam dan alam merupakan sumber utama dalam proses penciptaan sesebuah karya sastera. Kaitan antara alam dengan karya sastera ini diteliti dalam novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk Bila Tuhan Berbicara (2007), Tunggu Teduh Dulu (2008) dan Bahlut (2010) bagi menganalisis manifestasi alam sekitar yang terdapat karya-karya tersebut. Kaedah analisis kandungan (content analysis) digunakan untuk mendapatkan gambaran manifestasi alam dengan lebih terperinci. Pendekatan ekologi sastera digunakan untuk menganalisis manifestasi alam sekitar dalam novel-novel tersebut dengan memberi perhatian kepada ekologi alam yang menekankan kepada dua aspek, iaitu penekanan terhadap alam sebagai inspirasi karya sastera dan pembelaan terhadap alam akibat perbuatan manusia yang dikenal sebagai kajian eko kritik. Berdasarkan analisis ekologi sastera sebagai inspirasi karya sastera dalam ketiga-tiga novel kajian didapati bahawa manifestasi alam sekitar se..... 80 hits |