AbstractSeni catan berfungsi sebagai medium komunikasi untuk menceritakan sesuatu peristiwa atau menyampaikan maksud sesuatu konteks penceritaan yang melibatkan idea, gaya, dan makna oleh artis seni visual. Dengan itu, seni catan juga membolehkan pengkarya seni mengekspresi emosi dan merakamkan gambaran fikiran melalui imej visual yang diterjemahkan kepada karya seni. Pengkaji mendapati bahawa peristiwa COVID-19 yang berlaku pada ketika itu memberi kesan terhadap masyarakat bahkan pengkarya seni juga terkesan terutama perkembangan kehidupan yang melibatkan kehidupan sosial, budaya, ekonomi, politik, psikologi, teknologi dan komunikasi. Oleh kerana implikasi peristiwa yang berlaku itu, artis mula menghasilkan karya yang mencerminkan pengalaman atau pandangan yang berkisar dengan peristiwa pandemik COVID 19. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan memahami bentuk dan makna bagi simbol yang digunakan dalam karya seni catan oleh Husin Othman, Shafiq Nordin dan Aimi Atikah Roslan dalam konteks .....