UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Rosnita Mat Ail |
1 | 2019 thesis | Hubungan kepuasan kepuasan kerja ketua panitia dengan komitmen organisasi sekolah rendah di zon Keramat, Kuala Lumpur Rosnita A.Rahim Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen
organisasi dalam kalangan Ketua Panitia sekolah rendah di Zon Keramat, Kuala Lumpur.
Kajian ini menggunakan Inventori Kepuasan Kerja Herzberg dan Organizational Commitment
Questionnaire (OCQ). Seramai 251 orang Ketua Panitia daripada 25 buah sekolah yang
terpilih terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik
deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan kerja mempengaruhi
komitmen organisasi (β = 0.772, p < 0.05). Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara kepuasan kerja berdasarkan jantina t=(251; p=0.363) = 0.911, p > 0.05
dan umur, F(3,247; p=0.297)= 1.23, p > 0.05. Pengalaman mengajar didapati mempunyai
hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi F(2,248; p=0.044) = 3.171, p < 0.05.
Pengalaman sebagai Ketua Panitia didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan
kepuasan kerja F(2,248; ..... 1480 hits |
2 | 2020 thesis | Kesediaan penggunaan pembelajaran maya dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Kuala Selangor Rosnita Mat Ail Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan terhadap penggunaan pembelajaran maya dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Kuala Selangor. kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara kesediaan penggunaan pembelajaran maya dengan jantina dan jenis sekolah. Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) oleh Venkatesh (2003) telah digunakan dalam kajian ini. Pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti dalam mempengaruhi kesediaan guru terhadap penggunaan Pembelajaran Maya berdasarkan model UTAUT ialah Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial dan Keadaan Kemudahan. Seramai 322 Sampel telah dipilih secara rawak dari kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Kuala Selangor iaitu 235 guru SK, 41 guru SJKC dan 46 guru SJKT. Instrumen soal selidik telah digunakan dan dianalisis secara analisis deskriptif dan inferensi iaitu korelasi. Keputusan kajian mendapati guru-guru bersedia untuk menjalankan pembelajaran maya di sekolah (min=3.36)..... 811 hits |