UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Rozita Paiman |
1 | 2013 thesis | Gaya kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar bagi pembangunan organisasi sekolah Rozita Paiman Kajian ini bertujuan untuk meneliti amalan kepimpinan transformasi yang memberi impak terhadap pembangunan organisasi sekolah. Secara khususnya kajian Uri bertujuanuntuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah kebangsaan di Daerah Batang Padang dari aspek karismatik, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi. Di samping meninjau peranan faktor-faktor demografi iaitu umur, kaum dan pengalaman mengajar guru terhadap amalan kepimpinan tranformasi guru besar. Kaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian Uri dalam proses pengumpulan data. Soal selidik "Multi/actor Leadership Questionnaire" (MLQ) telah digunakan sebagai alat ukur kajian. Sejumlah 284 orang sampel terlibat dalam kajian yang mengunakan kaedah tinjauan. Data kuantitatif dianalisis dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai dan ANOVA sehala menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 18. Basil kajian menunjukkan bahawa tahap a..... 31 hits |