UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Sahmini Krishnan |
1 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan persepsi pelajar terhadap model EpicEaters dalam topik nutrisi tingkatan 2 di SMK Menglembu Sahmini Krishnan Kajian ini bertujuan membangunkan dan menguji kebolehgunaan sebuah bahan bantu mengajar (BBM) iaitu model EpicEaters bagi topik nutrisi sains tingkatan dua. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan alat bantu mengajar berasaskan model bagi topik nutrisi dalam mata pelajaran sains tingkatan dua, menilai kesahan dan kebolehpercayaannya serta meninjau persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan model EpicEaters bagi topik nutrisi dalam mata pelajaran sains tingkatan dua. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Pembangunan (Developmental Research Design) dengan melibatkan penggunaan model ADDIE. Sampel yang digunakan bagi kajian ini terdiri daripada 30 pelajar bagi kajian rintis dan 123 pelajar tingkatan dua bagi kajian sebenar, yang dipilih melalui kaedah pensampelan rawak mudah. Borang soal selidik pula digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan kesahan daripada pakar dan data persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan model EpicEaters. Data dianalisis dengan menggunakan indeks kesaha..... 40 hits |