UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 5 |
Simplified search suggestions : Saipolbarin Ramli |
1 | 2019 article | Media interaktif formula pola ayat kata kerjaan Bahasa Arab untuk bukan penutur Saipolbarin Ramli Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran yang diajar dalam mata pelajaran bahasa Arab. Sekiranya dilihat dari aspek kaedah penulisan bahasa Arab, ayat kata kerjaan merupakan bentuk ayat yang mudah untuk dikuasai berbanding ayat kata namaan. Namun begitu, data menunjukkan para pelajar masih lagi berhadapan dengan masalah untuk menguasai penulisan ayat kata kerjaan bahasa Arab dengan baik. Keadaan ini berlaku disebabkan amalan penterjemahan langsung yang dilakukan oleh pelajar dari bahasa penutur kepada bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu formula dan aplikasi bina ayat kata kerjaan dalam bahasa Arab. Formula yang digunakan merupakan hasil formula sedia ada yang distrukturkan semula dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Formula ini dikenali sebagai formula buah epal untuk ayat kata kerjaan transitif dan formula pergi ke sekolah untuk ayat kata kerjaan tidak transitif. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasieksperimen yang disesuaikan dengan Model instruktiona..... 3589 hits |
2 | 2015 thesis | Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Quran Al-Karim: kajian leksikografi dan analisis wacana bahasa Arab Saipolbarin Ramli Kajian ini membincangkan tajuk tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Korpus kajian ialah semua ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim, Fokus kajian pula adalah dalam bidang leksikografi dan analisis wacana Arab serta dilengkapkan dengan disiplin ilmu yang lain iaitu bidang tafsir, hadith, balaghah, philologi Arab, pertanian, perubatan dan geografi. Perbincangan dari aspek leksikografi bertujuan untuk mendapatkan maksud sebenar perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim, Terdapat beberapa nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim yang diterjemahkan kepada pelbagai maksud yang berbeza. Situasi ini berlaku disebabkan oleh faktor perkembangan agama Islam dan bahasa Arab ke seluruh dunia. Kajian dalam bidang analisis wac ana Arab pula menggunakan teori sastera formalis balaghah bagi tujuan ..... 1511 hits |
3 | 2019 article | Integrasi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berasaskan kit media dalam amalan pembelajaran dan pemudahcaraan guru pelatih bahasa Arab Saipolbarin Ramli Kajian ini bertujuan untuk menganalisis integrasi antara elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan instrumen kit media dalam amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru pelatih bahasa Arab UPSI. Ia melibatkan dua peringkat. Peringkat pertama merekabentuk dan mengolah kit media yang mempunyai elemen KBAT oleh guru pelatih bahasa Arab. Manakala peringkat kedua pula menganalisis keberkesanan penggunaan kit media ini sebagai satu medium efisyen dan praktikal untuk digunakan sepanjang sesi latihan mengajar di sekolah. Kajian ini melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) bahasa Arab dengan Pendidikan UPSI ambilan September 2014/2015 yang telah menjalani latihan mengajar pada Julai 2017 seramai 71 orang pelajar. Kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dan pemerhatian semasa proses penyeliaan latihan mengajar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan purata. Data kualitatif juga digunakan untuk meliha..... 2001 hits |
4 | 2019 article | Keberkesanan program outbond Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Bahasa University Al Al-Bayt Mafraq Jordan Saipolbarin Ramli Kajian ini bertujuan untuk menganalisi keberkesanan Program Outbond yang telah dijalankan oleh Program Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Bahasa, Universiti aL Al-Bayt Mafraq Jordan pada tarikh 8 November 2017 sehingga 8 Januari 2018. Program ini merupakan program outbond pertama dianjurkan oleh pihak program Bahasa Arab UPSI dengan melibatkan universiti awam di Jordan. Jumlah peserta yang terlibat pada peringkat awal adalah seramai 80 orang, walau bagaimanapun jumlah ini berkurangan kepada 12 orang sahaja disebabkan oleh faktor kewangan peserta. Dengan jumlah peserta yang kecil, program ini diteruskan dalam usaha untuk meningkatkan peluang pembelajaran dan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan bahasa Arab di negara penutur. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan instrument temu bual dan soal selidik untuk mendapatkan data. Selain itu, kaedah analisis teks juga dilakukan untuk menyokong data temubual dan data soal selidik yang diperolehi. A..... 755 hits |
5 | 2018 research_report | Pengajaran nahu Arab berdasarkan modul formula pola ayat dalam kalangan pelajar ISM Bahasa Arab dengan Pendidikan di UPSI Saipolbarin Ramli Modul formula ayat ini dibangunkan sebagai modul alternatif yang dapat digunakan dalam pengajaran nahu bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pembangunan modul formula pola ayat ini sebagai satu kaedah alternatif untuk membantu pelajar menguasai topik-topik asas yang terdapat dalam nahu bahasa Arab. Terdapat empat topik asas yang terlibat dalam kajian ini iaitu Tarkib Idafiy, Tarkib Na’tiy, ayat kerjaan dan ayat namaan. Model intruksional ADDIE dan model Pengintegrasian Teknologi (TIP) digunakan dalam kajian ini. Selain itu, dalam perlaksanaan modul, model domain kognitif Taksonomi Bloom diguna pakai dalam kajian ini. Seramai 52 sampel yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan sesi kemasukan 2015/2016 terlibat dalam kajian ini. Instrument yang digunakan dalam kajian ini merangkumi soal selidik, ujian diagnostik dan ujian pra dan; ujian post. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan skor ujian pra dan ujian pos..... 403 hits |