AbstractKajian ini membincangkan tajuk tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Korpus kajian ialah semua ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim, Fokus kajian pula adalah dalam bidang leksikografi dan analisis wacana Arab serta dilengkapkan dengan disiplin ilmu yang lain iaitu bidang tafsir, hadith, balaghah, philologi Arab, pertanian, perubatan dan geografi. Perbincangan dari aspek leksikografi bertujuan untuk mendapatkan maksud sebenar perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim, Terdapat beberapa nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim yang diterjemahkan kepada pelbagai maksud yang berbeza. Situasi ini berlaku disebabkan oleh faktor perkembangan agama Islam dan bahasa Arab ke seluruh dunia. Kajian dalam bidang analisis wac ana Arab pula menggunakan teori sastera formalis balaghah bagi tujuan .....