UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Salimi Firdaus Abd Rahman |
1 | 2020 thesis | Perbandingan antara kaedah permainan dengan kaedah konvensional terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Salimi Firdaus Abd Rahman Tujuan kajian ini ialah untuk membandingkan pencapaian pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran menggunakan kaedah permainan dengan pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran konvensional bagi mata pelajaran Ekonomi tingkatan empat. Kajian ini juga mengenal pasti minat pelajar melalui penggunaan permainan dalam pembelajaran mata pelajaran Ekonomi tingkatan empat. Kaedah kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Satu kelas dipilih sebagai kumpulan rawatan (n=30) dan satu kelas sebagai kumpulan kawalan (n=30) secara rawak. Intervensi dilakukan bagi kumpulan rawatan menggunakan permainan berbentuk kad dalam proses pembelajaran dan kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju bahawa pembelajaran mata pelajaran Ekonomi melalui penggunaan kaedah permainan mampu menarik minat mereka untuk belajar. Ujian-t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang signifikan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan de..... 492 hits |