AbstractKertas kerja ini membincangkan isu-isu budaya masyarakat dan rumpun Melayu Champa di Fullerton,California, Amerika Syarikat yang berhijrah ke Amerika Syarikat sewaktu memuncaknya Perang Vietnam pada tahun 1970-an. Penghijrahan mereka ke Fullerton, Amerika Syarikat membentuk sebuah kawasan perkampungan mereka sendiri sesama orang Melayu Champa dan masyarakat Vietnam Selatan khususnya yang beragama Islam di tengah-tengah masyarakat Amerika Syarikat yang beragama Kristian atau bukan Islam sesungguhnya meninggalkan kesan yang besar ke atas budaya dan persepsi hidup mereka. Kertas kerj a ini membincangkan hasil pengamatan penulis ke atas masyarakat ini pada tahun 1996 yang melihat sendiri kesungguhan mereka mempertahankan agama Islam, j ati diri, bahasa Melayu Champa dan budaya ketimuran yang sedang dihimpit oleh budaya barat dan cara hidup bebas di Fullerton, California, Amerika Syarikat yang sesungguhnya amat mencabar iman, persepsi budaya dan pemikiran mereka...