UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Samin Rabani |
1 | 2016 thesis | Analisis drama Mana Sikana dari perspektif teori New Historisisme Samin Rabani Kajian ini dijalankan untuk menganalisis tiga buah drama beraliran metasejarah yang terkandung dalam buku kumpulan drama Pasir-pasir di Pasir Salak karya Mana Sikana (2011) iaitu “Di Hujung Taming Sari”, “Pasir-pasir di Pasir Salak” dan “Air Mata Naning”. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri metasejarah dalam drama tersebut; menganalisis nilai-nilai sejarah yang terkandung dalam drama berkenaan dan menilai sumbangan drama aliran tersebut kepada masyarakat. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks bersandarkan prinsip-prinsip teori New Historisisme. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga drama kajian adalah dihasilkan berlatarbelakangkan peristiwa sejarah silam yang berlaku di negara ini, mempunyai lima ciri iaitu peristiwa tidak mengikut kronologi sejarah; terdapat pelanggaran fakta sejarah; penggunaan watak rekaan di samping watak sebenar; penampilan watak tidak mengikut sistem tekstual sejarah; dan terdapat selingan ..... 678 hits |
2 | 2022 thesis | Pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan dalam drama dari perspektif teori SPB4K Samin Rabani Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan
dalam drama terpilih berdasarkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K)
janaan Dato Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan ke atas pembentukan insan seimbang serta
pengaruhnya dalam perkembangan drama Melayu di Malaysia. Kajian ini berbentuk
kualitatif menggunakan kaedah analisis kepustakaan, analisis kandungan teks dan
analisis deskriptif. Analisis pemikiran Noordin Hassan ini disandarkan kepada empat
prinsip teori SPB4K iaitu kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Untuk
melihat kesan dan sumbangannya kepada pembentukan insan seimbang analisis ini
bersandarkan kepada empat aspek pembentukan insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI) seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati pemikiran yang berkaitan dalam aspek
kerohanian yang meliputi aspek aqidah, syariah, ibadah dan tasawuf lebih banyak
ditemukan. Manakala dalam ..... 874 hits |