AbstractKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan distributif pentadbir sekolah,
tahap komitmen organisasi guru sekolah, hubungan antara kepimpinan distributif dan
komitmen organisasi dan pengaruh kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi
sekolah kebangsaan daerah Pitas, Sabah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan
menggunakan reka bentuk tinjauan bagi mengumpul data. Soal selidik yang diguna adalah
berdasarkan Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) dan Organizational Commitment
Questionnaire (OCQ). Kaedah pensampelan rawak mudah telah digunakan dan seramai 234
orang telah dipilih sebagai sampel. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan
statistik deskriptif dan inferens. Dapatan menunjukkan bahawa kepimpinan distributif
pentadbir sekolah berada p.....