AbstractTujuan kajian ini adalah untuk membangunkan satu instrumen Teknologi Automotif
(KTeA) bagi mengukur tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar di Institut Latihan
Kemahiran (ILK). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah pembangunan instrumen berpandukan
Model Miller, Lovler dan Mclntire (2013). Kajian ini mempunyai fasa pertama melibatkan proses
mereka bentuk dan membina instrumen. Mereka bentuk instrumen adalah menghasilkan konstruk dan
subkonstruk berdasarkan analisis dokumen dan melibatkan teknik Delphi Terubah Suai sebanyak tiga
pusingan. Fasa kedua melibatkan proses kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kesahan kandungan
melibatkan lima orang pakar dalam bidang Automotif. Kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen
diperolehi dengan menjalankan kajian rintis pertama terhadap 50 pengajar ILK dan kajian rintis
kedua terhadap 50 pengajar ILK. Dapatan menggunakan perisian Winstep 3.72.3 berdasarkan pendekatan
model pengukuran R.....