UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Sarinah Kasbi |
1 | 2014 thesis | Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring Sarinah Kasbi Kajian ini bertujuan mengenal pasti perkaitan orientasi matlamat pemain bola jaring, stail kepimpinan jurulatih yang ideal dan sebenar yang diamalkan jurulatih-jurulatih sekolah di Perak dengan prestasi pencapaian pasukan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak 2012. Kajian ini juga mengenal pasti perkaitan faktor-faktor lain seperti umur dan pengalaman pemain dengan orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih. Data dikutip menerusi Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ), Leadership Scale for Sport (LSS) versi kegemaran (ideal) dan persepsi pemain. Responden kajian ialah populasi pemain bawah 15 dan bawah 18 tahun yang mara ke peringkat suku akhir kejohanan tahun 2012 (N= 144). Kaedah tinjauan dan reka bentuk persampelan bertujuan digunakan untuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan pemain bola jaring di MSS Perak untuk kedua-dua kategori mempunyai Orientasi Tugasan yang lebih tinggi berbanding Orientasi Ego. Stail kepimpinan jurulatih yang paling ideal..... 751 hits |