AbstractKajian ini bertujuan mengkaji nilai patriotisme dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
yang digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkata.n 4.
Kajian ini menggunakan teori Teksdealisme oleh Abdul Rahman Napiah. Kaedah kajian yang
digunakan adalah reka bentuk kuantitatif dengan . gabungan antara analisis teks, penilaian
berstruktur di dalam kelas dan soal selidik. Kaedah analisis teks digunakan untuk menilai watak
dan peristiwa yang menerapkan unsur patriotisme. Kaedah penilaian pra dan pasca di dalam
kelas dijalankan bagi menilai kebolehan pelajar terhadap mendefinisikan maksud patriotisme.
Penilaian ini dijalankan berdasarkan model penilaian formatif Tessmer. Sementara itu, soal selidik
digunakan bagi mengenal pasti kesesuaian teks dengan peringkat usia pelajar. Tiga jenis
instrurnen kajianÂ.....