UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Sasitharan Manokaran |
1 | 2012 thesis | Hubungan keseimbangan perdagangan antara Malaysia dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia Sasitharan Manokaran Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan di antara Malaysia dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2011 yang diambil dari sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang piawai, kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar Malaysia (KDNKm), jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm) dan jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang di antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm), dan..... 204 hits |