UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Sathish Rao Appalanaidu
12018
Article
Pertimbangan moral dan motivasi pelajar dalam Pendidikan Moral
Sathish Rao Appalanaidu
Kajian ini menyiasat tahap pertimbangan moral, dan bentuk motivasi pelajar Pendidikan Moral (PM) di sekolah menengah dengan melibatkan sampel seramai 1104 pelajar PM berumur 14 hingga 16 tahun. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa lebih separuh (53.4%) pelajar PM berada pada tahap pertimbangan moral yang tidak matang (M = 273.00, S.P. = 31.44) dan selebihnya berada pada tahap matang. Didapati juga pelajar perempuan mempunyai pertimbangan moral yang tinggi berbanding pelajar lelaki dengan perbezaan signifikan (t (1102) = -2.785, p < 0.01). Sementara itu, wujud perbezaan pertimbangan moral (F (2, 1101) = 4.205, p = 0.015) antara pelajar berumur 14 dengan 16 tahun. Motivasi (F (2, 1101) =11.69, p = 0.00) juga mempunyai perbezaan signifikan antara pelajar berumur 14 dengan 16 tahun. Berkaitan dengam motivasi pelajar dalam PM, terdapat hubungan signifikan antara pertimbangan moral dengan bentuk motivasi amotivation, external, introjected dan identified. Kesimpulannya, kajian ini menunjukk.....

1231 hits

22018
Thesis
Pertimbangan moral, motivasi dan nilai moral pelajar Pendidikan Moral di sekolah menengah
Sathish Rao Appalanaidu
Kajian ini menyiasat tahap pertimbangan moral, motivasi dan kepentingan nilai moral pelajar Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan harian. Kajian ini melibatkan pelajar  Pendidikan Moral seramai 599 perempuan dan 505 lelaki yang berumur 14 hingga 16 tahun. Tahap  pertimbangan moral, motivasi dan kepentingan nilai moral diukur dengan menggunakan instrumen  ‘Sociomoral Reflection Measure-Short Form Objective’ (SRM- SFO) dan ‘Instrumen Penentuan Motivasi’  (IPM). Kajian ini menunjukkan bahawa lebih separuh (53.4%) pelajar Pendidikan Moral berada pada  tahap pertimbangan moral yang tidak matang (M = 273.00, S.P. = 31.44) dan selebihnya berada pada  tahap matang. Tahap motivasi pelajar pula berada tahap yang sederhana (M = 3.31, S.P. = 0.37)  manakala tahap kepentingan nilai moral pula tinggi (M = 2.34, S.P. = 0.28). Didapati juga pelajar  perempuan mempunyai pertimbangan moral yang tinggi berbanding pelajar lelaki dengan perbezaan  signifikan (t (1102) =.....

6035 hits

32015
Article
Pertimbangan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin: penggunaan ‘Sociomoral Reflection Measure-Short Form Objective’ (SRM-SFO)
Sathish Rao Appalanaidu
Kewujudan masalah disiplin dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah menengah yang sentiasa meningkat kini telah menjadi trend bagi budaya persekolahan. Persoalan mula timbul iaitu dari siapakah remaja mempelajari nilai moral dan kehidupan? Remaja tahu apa yang betul dan apa yang bermoral akan tetapi mereka tidak bertindak sewajarnya kerana ia lebih sukar untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara tersebut. Oleh itu, remaja terutamanya pelajar yang bermasalah disiplin menghadapi kesukaran untuk memikirkan yang terbaik untuk diri mereka berdasarkan kemoralan. Berdasarkan kepada faktafakta ini, objektif utama kajian yang berbentuk kuantitatif telah ditetapkan iaitu untuk mengkaji darjah pertimbangan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Kajian ini menggunakan sampel bertujuan berjumlah 100 orang responden. Borang soal selidik yang telah dibangunkan oleh Daniel Brugman, Gibbs dan Fuller (2007) iaitu _Sociomoral Reflection Measure _ Short Form Objective_ (SRM-SFO) digu.....

2 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.