|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 3 |
| Simplified search suggestions : Sathish Rao Appalanaidu |
| 1 | 2018 Article | Pertimbangan moral dan motivasi pelajar dalam Pendidikan Moral Sathish Rao Appalanaidu Kajian ini menyiasat tahap pertimbangan moral, dan bentuk motivasi pelajar Pendidikan Moral (PM) di sekolah menengah dengan melibatkan sampel seramai 1104 pelajar PM berumur 14 hingga 16 tahun. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa lebih separuh (53.4%) pelajar PM berada pada tahap pertimbangan moral yang tidak matang (M = 273.00, S.P. = 31.44) dan selebihnya berada pada tahap matang. Didapati juga pelajar perempuan mempunyai pertimbangan moral yang tinggi berbanding pelajar lelaki dengan perbezaan signifikan (t (1102) = -2.785, p < 0.01). Sementara itu, wujud perbezaan pertimbangan moral (F (2, 1101) = 4.205, p = 0.015) antara pelajar berumur 14 dengan 16 tahun. Motivasi (F (2, 1101) =11.69, p = 0.00) juga mempunyai perbezaan signifikan antara pelajar berumur 14 dengan 16 tahun. Berkaitan dengam motivasi pelajar dalam PM, terdapat hubungan signifikan antara pertimbangan moral dengan bentuk motivasi amotivation, external, introjected dan identified. Kesimpulannya, kajian ini menunjukk..... 1230 hits |
| 2 | 2018 Thesis | Pertimbangan moral, motivasi dan nilai moral pelajar Pendidikan Moral di sekolah menengah Sathish Rao Appalanaidu Kajian ini menyiasat tahap pertimbangan moral, motivasi dan kepentingan nilai moral
pelajar Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan harian. Kajian ini melibatkan pelajar
Pendidikan Moral seramai 599 perempuan dan 505 lelaki yang berumur 14 hingga 16 tahun. Tahap
pertimbangan moral, motivasi dan kepentingan nilai moral diukur dengan menggunakan instrumen
‘Sociomoral Reflection Measure-Short Form Objective’ (SRM- SFO) dan ‘Instrumen Penentuan Motivasi’
(IPM). Kajian ini menunjukkan bahawa lebih separuh (53.4%) pelajar Pendidikan Moral berada pada
tahap pertimbangan moral yang tidak matang (M = 273.00, S.P. = 31.44) dan selebihnya berada pada
tahap matang. Tahap motivasi pelajar pula berada tahap yang sederhana (M = 3.31, S.P. = 0.37)
manakala tahap kepentingan nilai moral pula tinggi (M = 2.34, S.P. = 0.28). Didapati juga pelajar
perempuan mempunyai pertimbangan moral yang tinggi berbanding pelajar lelaki dengan perbezaan
signifikan (t (1102) =..... 6033 hits |
| 3 | 2015 Article | Pertimbangan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin: penggunaan ‘Sociomoral Reflection Measure-Short Form Objective’ (SRM-SFO) Sathish Rao Appalanaidu Kewujudan masalah disiplin dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah menengah yang sentiasa meningkat kini telah menjadi trend bagi budaya persekolahan. Persoalan mula timbul iaitu dari siapakah remaja mempelajari nilai moral dan kehidupan? Remaja tahu apa yang betul dan apa yang bermoral akan tetapi mereka tidak bertindak sewajarnya kerana ia lebih sukar untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara tersebut. Oleh itu, remaja terutamanya pelajar yang bermasalah disiplin menghadapi kesukaran untuk memikirkan yang terbaik untuk diri mereka berdasarkan kemoralan. Berdasarkan kepada faktafakta ini, objektif utama kajian yang berbentuk kuantitatif telah ditetapkan iaitu untuk mengkaji darjah pertimbangan moral dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Kajian ini menggunakan sampel bertujuan berjumlah 100 orang responden. Borang soal selidik yang telah dibangunkan oleh Daniel Brugman, Gibbs dan Fuller (2007) iaitu _Sociomoral Reflection Measure _ Short Form Objective_ (SRM-SFO) digu..... 1 hits |