UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Sazliman Ismail |
1 | 2010 Thesis | Pembangunan dan pengajian eksperimen gerakan linear menggunakan penderia putaran dan sumber terbuka Python ke atas pelajar peringkat Universiti Sazliman Ismail Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan satu eksperimen gerakan linear berasaskan komputer. Pengawal mikro Phoenix telah digunakan dalam kajian ini bersama dengan penderia putaran dan landasan. Proses pengawalan dan merakamkan data diuruskan oleh satu program sumber terbuka yang dikenali sebagai Python. Data yang dipungut diproses untuk menghasilkan graf jarak-masa dan halaju-masa pada paparan skrin komputer. Sistem yang dibangunkan diuji di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melibatkan 30 orang pelajar yang mengikuti kursus Instrumentasi pada peringkat sarjana muda. Data dipungut melalui borang soal selidik mengandungi item-item skala Likert yang direka bentuk bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi sistem yang dibangunkan. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi positif terhadap kesesuaian objektif (min = 4.39), i..... 82 hits |