UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Shafira Shaqiera Drani |
1 | 2024 Article | Pelaksanaan aktiviti main bebas di tadika peranan dan cabaran guru Shafira Shaqiera Drani Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan dan cabaran guru semasa pelaksanaan aktiviti main bebas di tadika. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik diedarkan melalui aplikasi Google Form melibatkan seramai 108 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru tadika di negeri Selangor. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan menunjukkan bahawa guru paling banyak berperanan sebagai pemerhati semasa pelaksanaan aktiviti main bebas dengan nilai min sebanyak 4.13 (sp=0.948). Manakala dalam aspek cabaran dapatan menunjukkan guru tidak menghadapi cabaran yang ketara dengan nilai purata min keseluruhan berada pada tahap sederhana iaitu 2.93 (sp=0.688). Kajian ini memberi gambaran bahawa guru tadika di negeri Selangor mempunyai kompetensi yang baik dalam mengendalikan aktiviti main bebas sebagai salah s..... 64 hits |