UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Shaline Sanmugam |
1 | 2021 thesis | Pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan peribahasa Bahasa Melayu menggunakan bahan multimodal di sekolah menengah Shaline Sanmugam Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan murid dalam peribahasa bahasa
Melayu dengan menggunakan bahan multimodal di samping menarik minat murid
untuk mengikuti sesi pembelajaran peribahasa di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan
peribahasa di sekolah, mengenal pasti pendekatan PdPc guru menggunakan bahan
multimodal dan menghuraikan kesan penggunaan bahan multimodal dalam pengajaran
peribahasa bahasa Melayu terhadap pembelajaran murid. Kajian ini berbentuk kualitatif
dengan menggunakan kaedah kajian kes. Tiga teknik pengumpulan data telah
digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Tiga
orang guru bahasa Melayu terlibat sebagai peserta kajian utama, manakala murid-murid
di dalam kelas mereka turut dijadikan sebagai informan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat dua strategi yang digunakan oleh guru untuk mengajar peribahasa
bahasa Melayu menggunakan ..... 1158 hits |