AbstractEkspektasi adalah apa yang dijangkakan oleh pelajar sementara persepsi pula adalah apa yang dialami
oleh mereka ataupun pengalaman sebenar mereka semasa menerima perkhidmatan daripada pihak pemberi
perkhidmatan iaitu sekolah-sekolah mereka. Perbezaan di antara kedua-dua ekspektasi dan persepsi
ini boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti perkhidmatan di sekolah-sekolah. Oleh itu,
objektif dan matlamat kajian atau penyelidikan ini adalah untuk mengumpulkan maklumat tentang
ekspektasi dan persepsi pelajar berkenaan kualiti perkhidmatan di sekolah mereka. Instrumen
SERVQUAL digunakan dalam menjalankan soal selidik bersama-sama dengan pelajar pelajar.
Soal selidik dijalankan di dua belas buah sekolah di daerah Hulu Selangor. Dimensi perkhidmatan
yang diberi fokus dalam soal selidik ini adalah ketaraan, kebolehpercayaan, responsif, jaminan dan
empati. Selepas pengumpulan data dilakukan, data dianalisa untuk mengetahui sejauh mana tahap
kualiti perkhidm.....