|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Shangari Sandrand |
| 1 | 2022 Thesis | Hubungan antara kesediaan guru dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah Shangari Sandrand Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kesediaan guru dengan
penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
Seramai 244 orang guru di enam buah sekolah rendah di Daerah Kinta Utara, Bandaraya
Ipoh, Perak, menyertai kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Pengkaji telah
membina tiga bahagian dalam soal selidik ini iaitu bahagian A, B dan C. Instrumen
kajian ini adalah soalan soal selidik yang telah diuji kesahannnya dengan nilai Alpha
Cronbach 0.762. Pengkaji menggunakan korelasi Spearman bagi menguji hipotesis.
Perisian SPSS versi 26 telah digunakan dalam kajian ini bagi menganalisis data. Hasil
dapatan kajian analisis deskriptif mendapati tahap kesediaan guru nilai min 4.22 dan
berada di tahap tinggi. Tahap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah berada pada tahap tinggi iaitu min 4.48. Analisis
korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesediaan guru
d..... 4277 hits |