UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Shariza Fazliana Mat Yusof |
1 | 2019 article | Diagnosis penguasaan kemahiran dan kesilapan pelajar tingkatan satu bagi tajuk Pembinaan Geometri Shariza Fazliana Mat Yusof Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam membina sudut 30°, 60°, 45° dan 90° serta pembahagi dua sama sudut dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Pelajar juga diharapkan dapat menerangkan langkah-langkah pembinaan yang dibuat. Kajian kualitatif ini menggunakan rekabentuk kajian kes dan kaedah persampelan bertujuan. Tiga orang pelajar tingkatan satu terpilih sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah protokol pemerhatian pemikiran verbal (think-aloud interview protocol). Kajian mendapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan sudut dan tidak dapat melabelkan sudut dengan betul. Pelajar juga kurang mahir menggunakan alat tepi lurus
.. 545 hits |
2 | 2023 thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan Conics Representation Board (C-ReB) dalam topik Conics bagi kursus Matematik Program Matrikulasi Shariza Fazliana Mat Yusof Kajian ini bertujuan membangun dan mengenal pasti tahap kebolehgunaan Conics
Representation Board (C-ReB) bagi topik Conics dalam kalangan pelajar Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian reka bentuk dan pembangunan
ini hanya melibatkan dua fasa iaitu fasa analisis keperluan dan fasa pembangunan.
Suatu kajian analisis keperluan dijalankan terhadap 96 orang pelajar program
matrikulasi bagi mengenal pasti topik kursus Matematik SM025 yang sesuai terhadap
penggunaan bahan manipulatif. Dapatan menunjukkan 77.1% bersetuju bahawa bahan
manipulatif sesuai digunakan dalam topik Conics. C-ReB dibangunkan berasaskan
kepada model ADDIE selain menerapkan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham
serta berpandukan Spesifikasi Kurikulum Matematik Sains SM025. Instrumen yang
digunakan adalah soal selidik analisis keperluan (SSAK), borang penilaian pakar
(BPPC) dan soal selidik kebolehgunaan C-ReB (SSKC). Ketiga-tiga set soal selidik ini
dibuat kesahan oleh tiga orang paka..... 214 hits |