|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Sharulnizam Ramli |
| 1 | 2009 Thesis | Eksplorasi terhadap motif-motif batik di Pahang: satu kajian Sharulnizam Ramli Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji eksplorasi terhadap motif-motif batik di Negeri Pahang Darul Makmur. Ianya sekaligus meneroka motif-motif fauna dan flora serta aspek-aspek dan unsur-unsur yang mempengaruhi eksplorasi terhadap motif batik lukis di Pahang. Natural Batik Village yang terletak di Balok telah dipilih sebagai lokasi kajian. Pengkaji sebagai instrumen utama telah menggunakan kaedah kajian kualitatif secara deskriptif bagi membuat analisis terhadap data mentah. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, rakaman secara audio visual, rakaman video dan dokumentasi. Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan, eksplorasi terhadap motif-motif batik lukis di Natural Batik Village juga dipengaruhi oleh aspek budaya, sosial dan ekonomi. Eksplorasi penggiat terhadap batik lukis motif figuratif di Natural Batik Village turut menyerlahkan pengaruh unsur-unsur kreativiti, ekspresi, representasi, persekitaran dan estetika. Pe..... 151 hits |
| 2 | 2001 Conference Item | Penyair muda wanita Pahang: catatan biografiktif & antologi Khirul Bariah Arup Ali Abdul Halim, Nama-nama seperti Sahmad Malaya, Baharuddin Zakaria, Yassin Salleh, Arisel BA (Subari Ahmad), Maznan Nordin, M.Z Alias dan Aripin Said sudah tidak asing lagi dalam peta perpuisian Melayu moden di negeri Pahang dan negara amnya. Nama Sahmad Malaya sudah muncul sejak tahun 1950 dan terus terkenal hingga tahun 1970an, kemudian tenggelam timbul dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Manakala M.Z. Alias Baharuddin Zakaria, Arisel BA dan Aripin Said pula menghiasi era 1970an, 80an dan 1990an. Dalam tahun 1980an, 90an hingga kini, Pahang sudah melahirkan tidak kurang dari sepuluh penyair baru yang berjaya mencapai tahap kematangan seperti Marsli N.O, Yazid Idris, Nazri Sham, Maimunah Ali, Ami Masra, Maimunah Manan dan ramai lagi. Tidak kurang pula penulis-penulis muda yang giat menulis seperti Sharulnizam Talib, Khairul Bariah Arup, Abdul Mutalib Ghani, Nor Arifin Ibrahim,Nor Afliza Arshad,Hasejati, Ramli Yahya dan Iain-lainnya... 2273 hits |