UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Siti Affiza Mohammad |
1 | 2021 thesis | Pemupukan kemahiran sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan di tadika swasta Siti Affiza Mohammad Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi gambaran mengenai kemahiran
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan. Kajian dijalankan
menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Peserta kajian
terdiri dari enam orang kanak–kanak iaitu empat orang kanak-kanak lelaki dan dua
orang kanak–kanak perempuan berusia 5 tahun, serta tiga orang guru tadika dari tiga
buah tadika swasta berbeza di Melaka. Aktiviti main peranan telah dijalankan
menggunakan tema hospital, restoran dan kedai runcit. Kaedah kajian yang digunakan
di dalam kajian ini adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen melalui rekod
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Instrumen kajian yang digunakan ialah borang
senarai semak untuk mengenal pasti kemahiran sosioemosi kanak–kanak sebelum dan
selepas pelaksanaan aktiviti main peranan. Soalan temu bual separa berstruktur turut
digunakan untuk mendapatkan pandangan dan meneroka pengetahuan guru mengenai
kepentingan kemahiran so..... 1185 hits |
2 | 2021 article | Perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah Siti Affiza Mohammad Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan. Reka bentuk kajian adalah penyelidikan secara kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian melibatkan enam orang kanak-kanak yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, serta tiga orang guru prasekolah melalui persampelan bertujuan. Instrumen kajian ialah borang senarai semak untuk mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak sebelum aktiviti main peranan dan selepas pelaksanaan aktiviti main peranan. Manakala, soalan temu bual adalah untuk mendapatkan pandangan guru terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti main peranan. Kaedah analisis bertema telah diadaptasi. Dapatan kajian menunjukkan sebelum aktiviti main peranan kanak-kanak berada dalam keadaan kawalan kendiri impulsif, namun selepas aktiviti main peranan, kanak-kanak berada dalam keadaan..... 371 hits |