AbstractKajian ini bertujuan mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pemikiran kritis pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan reka bentuk kuasi eksperimen dan sampel terdiri daripada 31 orang pelajar kumpulan eksperimen dan 34 orang pelajar kumpulan kawalan. Instrumen digunakan iaitu set rangsangan PBM bagi tajuk Penyata Kewangan (milikan tunggal) dan ujian pemikiran kritis Watson-Glaser. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pemikiran kritis pelajar, manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian- t yang menerangkan perbezaan bagi pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap pemikiran kritis pada kedua-dua kumpulan dengan kumpulan eksperimen memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan secara signifikan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa PBM dapat meningkatkan pemikiran .....