UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Siti Fazidah Mat Yaacob |
1 | 2015 thesis | Analisis penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan Siti Fazidah Mat Yaacob Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 359 orang pelajar dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains pelajar adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan serta norma dan nilai kerohanian berdasarkan aliran. Di samping itu, terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains berdasarkan lokasi sekolah. Manakala dari segi aliran terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains, sikap terhadap inkuiri saintifik, amalan sikap saintifik, keseronokan pembelajaran sains, minat terhadap sains dan kerjaya dalam sains. Selain itu, terdapat kesan interaksi..... 904 hits |