UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

Simplified search suggestions : Siti Khariah Mohd Zubir
1
Abstract
Penulisan kreatif ialah apa-apa penulisan yang bertujuan untuk menyatakan pemikiran, perasaan dan emosi berbanding dengan karya memberitahu maklumat. Sesungguhnya, jika seseorang belia itu berminat untuk menulis atau menjadi seseorang penulis, bolehlah mereka menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif. Para belia digalakkan menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif untuk dua tujuan penting, iaitu untuk menjana minda dan juga menjadi sumber pendapatan dari hasil penulisan kreatif. Ramai penulis kreatif di dunia kaya dan hidup senang lenang daripada hasil penulisan mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hassan berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran...
Article Published 2012 1311 hits Available
2
Abstract
Pertelingkahan adalah perkara yang dilarang oleh agama kerana menyebabkan berlakunya permusuhan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Pihak-pihak ini akan berbalah sesama mereka. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pertelingkahan antara kawan terdapat dalam novel karya Fatimah Busu. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Psikologi Islam Al-Ghazali untuk menganalisis. Objektif kajian ini ialah menghuraikan isu-isu dan menganalisis pertelingkahan dengan kawankawan dalam novel Fatimah Busu. Kajian ini dijalankan untuk menjadi contoh dan teladan kepada pembaca dalam memilih kawan. Kebiasaannya, kawan adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah dan harapan. Pemilihan kawan yang tepat adalah perlu kerana kawan dapat mempengaruhi nilai, emosi dan cara pergaulan...
Article Published 2014 2337 hits Available
3
Abstract
Bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya dikatakan mempunyai hubungan simbiosis dan sering diungkapkan bagai _isi dengan kuku_ atau ibarat _irama dan lagu_. Oleh sebab itu, bahasa sama sekali tidak dapat dipisahkan pembinaannya daripada kegiatan kesusasteraan. Dalam hubungan antara bahasa dengan sastera, sastera adalah saluran atau alat yang paling baik bagi mengembangkan daya cipta kerana ekspresi sastera dan seni adalah bebas seperti bebasnya jiwa, fikiran dan perasaan manusia yang melahirkan karya-karya seni. Dalam kajian ini pengkaji akan melihat bagaimana penulisannya. Pengkaji juga akan memaparkan kebolehan penulis mencipta ungkapan-ungkapan yang baharu, gaya bahasa yang indah untuk menggambarkan dan menyatakan keanekaragaman fikiran dan perasaan manusia dan alam sekeliling dalam karya mereka yang berbentuk puisi, cerpen dan novel. Penulis juga tidak lupa menerapkan nilai-nilai yang boleh membentuk jati diri generasi moden dalam karya mereka. Kata kunci: hubungan,.....
Article Published 2011 9 hits Available
4
Abstract
Feminisme adalah sebahagian daripada wacana pengajian wanita yang muncul dalam pengajian antara budaya yang bersifat interdisiplin. Hal ini termasuklah pengajian budaya yang bermula daripada proses produksi hingga ke aspek penghayatan dan jati diri dengan sentiasa menyoal andaian dan perspektif dominan tentang budaya berkenaan. Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji unsur feminisme yang terdapat dalam pantun Melayu. Pengkaji ingin memfokuskan kedudukan wanita dalam masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan sepuluh rangkap pantun yang berbeza. Pendekatan yang digunakan untuk menganalisis pantun-pantun Melayu ialah pendekatan feminisme dan pendekatan Moral Islam. Hasil kajian ini dapat mengenal pasti unsur feminisme dalam pantun Melayu dan mengupas secara terperinci kedudukan wanita dalam masyarakat Melayu. Kata kunci feminisme, unsur, pantun, interdisiplin, kedudukan wanita...
Article Published 2012 2 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.