AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran STEM bagi bidang
pembelajaran Statistik dan Kebarangkalian dalam KSSM Matematik Tingkatan Dua.
Kajian pembangunan modul ini melibatkan proses kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehgunaan modul. Modul ini dibangunkan berasaskan semua fasa dalam model
ADDIE iaitu (A) analisis, (D) reka bentuk, (D) pembangunan, (I) pelaksanaan dan (E)
penilaian. Modul ini juga diterapkan dengan konsep STEM serta teori pembelajaran
berasaskan inkuiri. Proses kesahan modul dilakukan oleh empat orang pakar. Dapatan
menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahan yang baik
dengan peratus persetujuannya adalah 92%. Seterusnya, modul ini diuji
kebolehpercayaan dan kebolehgunaanya melalui kaedah tinjauan terhadap 42 orang
guru Matematik sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Dapatan
menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah baik dengan nilai Cronbach’s
Alpha, 0.97. Manakala bagi dapatan kebolehgunaan modul pula menunj.....