UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 10 |
Simplified search suggestions : Siti Noranizahhafizah Boyman |
1 | 2013 article | Kajian laporan penambahbaikan suruhanjaya pilihan raya: satu pandangan Boyman Siti Noranizahhafizah, Jawan Jayum, 760 hits |
2 | 2015 thesis | Pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Selangor Siti Noranizahhafizah Boyman Tesis ini mengkaji pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Selangor dengan memfokuskan pengundi di bandar dan luar bandar. Objektif kajian yang pertama adalah untuk menjelaskan pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kedua, kajian ini akan menjelaskan sentimen pengundi Melayu yang tinggal di bandar dan luar bandar semasa PRU 2008 di Selangor. Ketiga, kajian ini juga akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kaedah kajiselidik dan temubual digunakan untuk menjawab segala objektif dalam kajian ini. Data-data yang digunakan adalah lebih terperinci kerana merangkumi aspek empirikal dan kualitatif yang melibatkan kajian lapangan. Kajian ini menggabungkan ketiga-tiga teori iaitu identifikasi parti, pilihan rasional dan asas-asas sosiologikal untuk menjelaskan pola pengundian orang Melayu di Selangor. Dapatan kajian ini menemukan lima perkara. Pertama, hasil analisis menunjukkan ..... 1475 hits |
3 | 2016 article | Penglibatan politik belia : satu analisis penyertaan konvensional di Malaysia Mohamad Razali Marshelayanti, Boyman Siti Noranizahhafizah, Ilham Hussin Nafisah, Wan Mohd Nor Wan Asna, Artikel ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana penyertaan politik belia di Malaysia. Secara khususnya, artikel ini akan menjawab soalan-soalan berikut: Apakah jenis penglibatan politik yang kerap disertai oleh belia di Malaysia? Bagaimanakah tahap penglibatan politik golongan ini? Adakah jantina, tahap pendidikan dan kawasan tempat tinggal mempunyai kaitan dengan penglibatan politik? Apakah faktor yang mempengaruhi mereka untuk melibatkan diri dalam politik? Seramai 417 responden yang berumur di antara 18-40 tahun dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai tahap penglibatan politik yang sederhana. Majoriti responden menyatakan mereka mengundi dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan dan hanya segelintir daripada mereka yang menghubungi pemimpin politik. Minat terhadap politik merupakan faktor utama yang mendorong mereka untuk terlibat dengan politik. Tahap politik yang sederhana ini perlu..... 1903 hits |
4 | 2018 article | Pola pengundian pilihan raya umum parlimen 2013 di Sarawak1 Siti Noranizahhafizah Boyman Kertas ini bertujuan membincangkan pola pengundian di Sarawak berkaitan pilihan raya umum parlimen ke-13 yang telah diadakan pada 5 Mei 2013. Sarawak sering diibaratkan sebagai simpanan tetap bagi Barisan Nasional (BN) pada setiap pilihan raya di Malaysia. Sehubungan itu, kertas ini akan meneliti pola pengundian mengikut kawasan pilihan raya di Sarawak bagi meninjau arah perubahan pengundian sekiranya ada dan ia akan cuba menerangkan kenapa ianya berlaku sedemikian atau sebaliknya. Perbandingan ringkas juga akan dilakukan untuk melihat pola pengundian pilihan raya parlimen pada 2008 dan 2013 bagi menentukan apakah ada perubahan dan arah perubahan itu. Akhir sekali, kertas ini membincangkan implikasi politik Sarawak ekoran pola pengundian pada pilihan raya 2013 kepada politik hubungan etnik di Sarawak dan juga di Malaysia umumnya... 664 hits |
5 | 2019 article | Evaluating the effectiveness of the ethnic relations course using the CIPP model: a performance at the Sultan Idris Education Siti Noranizahhafizah Boyman The aim of this article was to evaluate the effectiveness of the Ethnic Relations Course in inculcating unity among students at the Sultan Idris Education University (UPSI). This was because the purpose of the course was to foster unity by forming a positive attitude and mind-set among the students. This study used the CIPP (Context, Input, Process, and Product) program evaluation model introduced by Stufflebeam (1967). Surveys and interviews were used to achieve all the objectives of this study. The data used were more detailed as they covered empirical and non-empirical aspects of the field of study. However, this article focused only on the learning outcomes of the Ethnic Relations Course (Product), namely, the level of unity among the students and how it is related to the demographic factors. Five findings were made in this study. Firstly, the results of the analysis revealed that the course had a positive impact on the level of unity among the students, where 99.5 percent of the r..... 820 hits |
6 | 2019 article | Kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak Siti Noranizahhafizah Boyman Artikel ini mengkaji kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak. Pengaruh belia dalam menentukan perubahan boleh menjadi signifikan dengan jumlah belia yang semakin meningkat kepada 13.4 juta pada 2010 daripada 10.8 juta bersamaan 41 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2005. Di Perak pengundi belia berjumlah 37 peratus iaitu 522,536 orang daripada 1,409,045 keseluruhan pengundi pada Pilihan Raya Umum 2013. Manakala dari segi komposisi, belia lelaki adalah seramai 270,237 orang dan perempuan 252,536 orang. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki penglibatan belia wanita dalam politik, kecenderungan dan pilihan mereka tentang politik. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu 416 orang atau 92.4 peratus tidak melibatkan diri sebagai ahli dalam parti politik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan belia wa..... 1421 hits |
7 | 2019 article | Faktor perkembangan gabungan pilihan raya bersih dan adil (2006-2017) Siti Noranizahhafizah Boyman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Sejak tahun 2007, BERSIH telah mengadakan perhimpunan awam sebanyak lima kali. BERSIH dikatakan telah menandakan lembaran baru terhadap sistem demokrasi di Malaysia dan memperjuangkan pembaharuan dalam sistem demokrasi terutamanya ketelusan sistem pilihan raya dan pentadbiran. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti faktor perkembangan BERSIH pada tahun 2006 hingga 2017. Kaedah kualitatif khususnya temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen telah digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Sebanyak tujuh orang informan telah dipilih dalam kalangan pihak penganjur perhimpunan BERSIH, ahli politik serta ahli akademik dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkembangan BERSIH didorong oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor dalaman perkembangan BERSIH adalah kepimpinan organisasi dan pengintegrasian organisasi BERSIH. Manakala, faktor luaran seperti pembukaan ruang demokrasi, perub..... 1516 hits |
8 | 2020 article | ADDIE model design process for 21st century teaching and facilitation activities (Pdpc) in nationhood studies module Siti Noranizahhafizah Boyman This article aims to delve into the process of designing the Learning and Facilitation (PdPC) module of the Nationhood Studies course in the 21st Century Learning concept. This course aims to foster the spirit of patriotism and self-esteem among students. Literature studies show that 21st Century education has a positive impact on student attitude, motivation, and mastery of knowledge and is not solely focused on facts and theory. In addition, this educational transformation involving the 21st Century learning process has received parental support. It is arguable that 21st Century learning is a transformation that is being made to renew existing education standards to make the education system more flexible, creative, challenging and more complex. Therefore, the development of this module is essential to achieve that aspiration. To develop a systematic module, this study uses the ADDIE model introduced by Dick & Carry (1996). The process of designing this module is described in detail ..... 954 hits |
9 | article | Pilihan Raya Negeri Melaka 2021: Cerminan Pilihan Raya Umum 15 Siti Noranizahhafizah Boyman Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah diadakan pada 20 November 2021 apabila empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (dua dari United Malays National Organisation (UMNO), satu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan satu daripada Bebas) menarik sokongan daripada kepimpinan negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN). PRN ini telah mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin pilihan mereka. Keputusan menunjukkan kuasa dikembalikan semula kepada BN dengan mendapat kemenangan bergaya majoriti dua pertiga. Justeru, artikel ini akan meneliti beberapa aspek daripada PRN Melaka iaitu perbandingan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan PRN 2021 di Melaka, pola sokongan pengundi dan analisis kemenangan BN sama ada boleh menjadi kayu ukur menjelang PRU 15. Untuk mencapai objektif yang diperlukan, kajian ini menggunakan analisis kandungan dan sumber sekunder. Hasil kajian mendapati pola sokongan pengundi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kepa..... 618 hits |
10 | 2018 research_report | Pembinaan modul aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) kursus Pengajian Kenegaraan berkonsepkan pembelajaran abad ke-21 Siti Noranizahhafizah Boyman Penyelidikan ini bertujuan membangunkan modul kursus Pengajian Kenegaraan mengikut topik berkonsepkan Pembelajaran Abad ke-21. Hasil kajian literatur mendapati pembelajaran abad ke-21 memberi kesan yang positif kepada sikap, motivasi, penguasaan ilmu pelajar dan tidak hanya tertumpu kepada fakta dan teori semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 perlu banyak diaplikasikan dalam pengajaran supaya pelajar lebih berdaya saing. Yang paling penting, ibu bapa memahami dan menyokong penuh transformasi pendidikan yang melibatkan proses pembelajaran abad ke-21. Dapat dikatakan pembelajaran abad ke-21 menjadikan pendidikan sedia ada lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam penyelidikan ini, kursus Pengajian Kenegaraan (HNP2012) dipilih untuk dibangunkan sebuah modul aktiviti PdP berkonsepkan pembelajaran abad ke-21. Kursus ini dipilih kerana, kursus wajib universiti yang melibatkan semua program dan sesuai bagi memenuhi salah satu tujuan pembelajaran abad ..... 464 hits |