|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Siti Norhamidah Abu Bakar |
| 1 | 2023 Article | Sejarah pengoperasian Pusat Rawatan Kusta di Pulau Pangkor Laut, 1903-1933 Siti Norhamidah Abu Bakar Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan sejarah perkhidmatan Pusat Rawatan Kusta di Pulau Pangkor Laut, Perak dari tahun 1903 hingga tahun 1933. Secara khususnya, kajian ini akan membincangkan sejarah penubuhan dan perkembangan pusat kusta di Pulau Pangkor Laut, sejak mula ditubuhkan sehinggalah kepada penutupan pengoperasiannya. Selain itu, artikel ini turut membincangkan secara tidak langsung dari segi faktor dan simptom penyakit serta persepsi masyarakat setempat berkaitan dengan penyakit kusta. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian sejarah melalui analisis sumber primer iaitu dokumen rasmi dan juga sumber sekunder untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan pusat kusta yang ditubuhkan oleh kerajaan British semasa mentadbir Negeri-negeri Selat yang merangkumi Jajahan Dinding ketika itu. Dapatan kajian menunjukkan penubuhan pusat kusta ini telah memberikan kesan secara tidak langsung terhadap perkembangan pembangunan sosial di lokasi tersebut. Kajian ini men..... 348 hits |
| 2 | 2024 Thesis | Jajahan Dinging era Negeri-Negeri Selat 1874 - 1935 Siti Norhamidah Abu Bakar Kajian ini berkaitan Jajahan Dinding semasa berada di bawah pentadbiran British dan Negeri-negeri Selat bermula tahun 1874 sehingga 1935. Kajian ini dibuat bagi memenuhi kekurangan kajian dan maklumat berkaitan perkembangan Jajahan Dinding semasa diambil alih sepenuhnya oleh British dan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-negeri Selat. Selain itu, kajian dibuat bagi menilai dan meneliti perubahan yang berlaku dalam aspek politik dan ekonomi di Jajahan Dinding. Kajian juga akan turut menganalisis kemajuan yang berlaku semasa Jajahan Dinding ditadbir oleh kuasa British dan Negeri-negeri Selat bermula tahun 1874 sehingga tahun 1935. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen mengenalpasti dan menganalisis data secara analitikal dan kritis daripada semua sumber yang diperoleh. Antara sumber primer yang digunakan adalah melibatkan pengumpulan data daripada Fail Kolonial (C.O), Secretariat Selangor, Fail Dinding Kolonial (D.C.F) dan juga beberapa sumber rasmi yang lain se..... 31 hits |