UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Siti Nurashiken Muhammad |
1 | 2015 thesis | Tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah kajian kes di sekolah-sekolah terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan Siti Nurashiken Muhammad Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah. Kawasan kajian melibatkan dua buah sekolah terpilih yang berlokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mewakili kawasan bandar dan dua buah sekolah terpilih yang terletak di negeri Kelantan yang mewakili kawasan luar bandar. Jumlah sampel yang digunakan adalah seramai 400 orang yang melibatkan pelajar yang berjalan kaki. Sumber data yang digunakan adalah data primer dan sekunder. Data primer dicerap melalui kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual responden. Manakala, data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, dokumen rasmi, laporan dan jurnal daripada sumber elektronik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala, statistik inferensi menggunakan pengujian Khi Kuasa Dua, ujian Mann-Whitney U, ujian Korelasi Cramer dan ujian Korelasi Spearma..... 1473 hits |