AbstractKajian ini menganalisis penghijrahan pendatang Filipina ke Sabah dalam tempoh 1972 hingga 2014 dengan memberi fokus kepada implikasinya dari sudut sosial, politik, ekonomi dan keselamatan, serta tindak balas pihak kerajaan. Sejak dekad 1970-an, Sabah menjadi tumpuan migran dari selatan Filipina, khususnya ekoran konflik bersenjata di Mindanao dan tekanan ekonomi domestik yang mendorong penghijrahan rentas sempadan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sejarah melalui analisis data primer dan sekunder. Kajian ini menggunakan dokumentasi rasmi kerajaan Malaysia, laporan organisasi antarabangsa serta temubual terpilih dengan migran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fenomena penghijrahan ini telah mengubah struktur demografi Sabah dengan ketara, membawa kepada pertumbuhan populasi bukan warganegara dan mewujudkan cabaran dalam penyediaan perkhidmatan awam. Implikasi terhadap keselamatan dan kewarganegaraan turut ketara, khususnya berkaitan status pendatang tanpa dokumen sah dan ko.....