UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 7
Simplified search suggestions : Siti Saniah Abu Bakar
12016
article
Hubungan antara strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi dalam kalangan pelajar di Jerman
Muhd Zulkifli Noor Zuhidayah, Abu Bakar Siti Saniah,
Kajian ini dijalankan untuk meneliti hubungan antara strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi pelajar yang mempelajari bahasa Melayu di Jerman. Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengemukakan instrumen soal selidik bagi mengumpulkan data. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman, telah dipilih sebagai responden kajian. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi Pearson, r. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu para pelajar dan guru untuk mengenali motivasi pembelajaran yang dapat membantu pelajar untuk mempelbagaikan strategi pembelajaran bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar...

1751 hits

22011
article
Unsur eufemisme dalam novel Papa dan Azfa Hanani
Zolkifli Noor Hatini, Abu Bakar Siti Saniah,
Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam novel, iaitu penggantian perkataan yang dianggap tabu atau kasar. Novel bertajuk Papa digunakan di sekolah-sekolah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, manakala novel Azfa Hanani pula digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan dua kaedah untuk memperoleh data, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan novel Azfa Hanani menggunakan sebanyak 36 unsur eufemisme atau sebanyak 57.1 peratus. Novel Papa menggunakan 27 unsur eufemisme, iaitu sebanyak 42.9 peratus. Berdasarkan unsur eufemisme tersebut, didapati sebanyak 11 unsur dalam dialog yang terdapat dalam novel Papa dan novel Azfa Hanani mengandungi enam unsur dalam dialog yang menepati Maksim Santun Leech (1993). Penggunaan unsur eufemisme perlu lebih diberi perhatian oleh guru, pelajar dan penulis kerana unsur eufemisme merupakan bahasa sopan yang bersesuai.....

1213 hits

32012
article
Pengaruh motivasi instrumental dan integratif dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing
Abu Bakar Siti Saniah, Subramaniam Sharala,
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pelajar asing bermotivasi instrumental atau integratif dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu. Kaedah kuantitatif digunakan bagi menjawab soalan kajian. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Seramai 300 orang pelajar asing yang mewakili enam buah negara telah dipilih sebagai responden kajian. Data soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar asing lebih bermotivasi integratif berbanding instrumental dalam pemilihan strategi pembelajaran Bahasa Melayu...

1680 hits

42013
article
Kekangan pelajar asing dalam menggunakan kemahiran bertutur Bahasa Melayu
Abu Bakar Siti Saniah,
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan yang menghalang pelajar asing untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Data diperoleh berdasarkan temu bual yang dilakukan terhadap 10 orang responden yang terdiri daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Data dianalisis berdasarkan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan kekangan yang menghalang pelajar asing untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada faktor pelajar, tenaga pengajar, program latihan dan persekitaran. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar asing ini memerlukan teknik dan kaedah susulan daripada tenaga pengajar sendiri dalam usaha menangani setiap kekangan yang dihadapi oleh pelajar. Kata kunci: kemahiran bertutur, Bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kekangan, pelajar asing...

891 hits

52017
article
Faktor campur kod dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak
Stephen Corella, Osup Chemaline, Abu Bakar Siti Saniah,
1152 hits

62017
article
Komunikasi interpersonal guru bahasa di Jerman
Siti Saniah Abu Bakar
Kajian ini bertujuan meninjau komunikasi interpersonal yang digunakan oleh guru berbangsa Jerman serta guru penutur jati di dalam kelas bahasa Melayu-Indonesia di Jerman serta membandingkan Maksim Santun yang digunakan antara mereka. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah pemerhatian di dalam kelas dilakukan dengan merakam menggunakan kamera video. Data rakaman ditranskripsikan, diberikan tema dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Hasil kajian menunjukkan guru berbangsa Jerman (PG) menggunakan keenam-enam maksim sebagai komunikasi interpersonal manakala guru penutur jati bahasa sasaran (PI) menggunakan 3 daripada 6 maksim. Walau bagaimanapun, 3 maksim tersebut digunakan secara minima sahaja oleh PG iaitu dengan maksim budiman mempunyai peratus tertinggi, diikuti oleh maksim kerendahan hati dan maksim simpati. Ini menunjukkan ketiga-tiga maksim ini bukan menjadi strategi guru untuk digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembe.....

784 hits

72019
article
Kaedah pengajaran di Institusi Pengajian Pondok
Siti Saniah Abu Bakar
Pondok institute is a growing Islamic formal education institutionamongst the Malaysian community. The purpose of this study is to identify the teaching methods practiced by teachers at pondok institutions. A phenomenological approach has been used to explore the teaching and learning methods at these pondok institution. The data were obtained through observation and interviews. Founders, teachers and students at one of the pondok in Alor Setar, Kedah was selected as respondent for the study. According to Mashitah Ibrahim (2014), there are five traditional methods of teaching the in pondok namely talaqqi method, tafaqquh method, itqan method, munazoroh method, and mujadalah method. However, the findings of this study shows that in the five traditional methods of teaching at pondok only three teaching methods practiced directly in this pondok institution ie talaqqi method, itqan method and Tafaqquh method. It was found mujadalah and munazoroh method can not be practiced at this cottage .....

1073 hits

Filter
article ... (11)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Siti +Saniah +Abu +Bakar




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.